ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 57. Sekatan membina masjid.

(1) Tiada seorang pun boleh tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis, mendirikan mana-mana bangunan untuk digunakan sebagai masjid, atau menjadikan atau menggunakan sebaliknya mana-mana bangunan atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana bangunan digunakan sebagai masjid.

(2) Majlis tidak boleh memberi kebenaran di bawah subseksyen (1), kecuali tapak bangunan bagi masjid yang dicadangkan itu telah dijadikan wakaf kekal selama-lamanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.