ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR



Seksyen 54. Membuktikan tandatangan dan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menandatangani atau menulis dokumen yang dikemukakan.

Jika sesuatu dokumen dikatakan sebagai ditandatangani atau sebagai telah ditulis kesemuanya atau sebahagiannya oleh seseorang, maka tandatangan atau tulisan tangan mengenai sekian banyak dari dokumen itu yang dikatakan sebagai dalam tulisan tangan orang itu hendaklah dibuktikan sebagai tulisan tangannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.