ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV
Waran Tangkap



Seksyen 37. Acara untuk menangkap orang yang terhadapnya waran telah dikeluarkan.

(1) Apabila waran tangkap dilaksanakan di luar kawasan bidang kuasa Mahkamah yang mengeluarkan, maka orang yang telah ditangkap hendaklah, melainkan jaminan telah dibuat di bawah seksyen 33, dibawa ke hadapan Hakim yang terdekat sekali.

(2) Hakim tersebut hendaklah, jika dia mendapati orang yang ditangkap itu adalah orang yang dimaksudkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan waran, mengarahkan pemindahannya dari tahanan ke Mahkamah yang dinamakan di dalam waran itu:

Dengan syarat bahawa, jika kesalahan itu boleh dijamin dan orang yang ditangkap bersedia dan bersetuju untuk memberi jaminan yang memuaskan atau arahan telah dicatatkan di bawah seksyen 33 di atas waran dan orang tersebut bersedia dan bersetuju untuk memberi jaminan yang diperlukan oleh arahan tersebut, Hakim itu hendaklah mengambil jaminan itu sebagaimana yang sepatutnya dan mengemukakan bon kepada Mahkamah yang disebut di dalam waran itu.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mencegah seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis daripada mengenakan jaminan di bawah seksyen 33.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.