ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN II - PENTADBIRAN



Seksyen 6. Perlantikan Pendaftar Nikah Cerai.


(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan boleh melantik sesiapa yang difikirkan berkelayakan, atas nama atau jawatan, sebagaimana yang perlu, untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk bagi mana-mana mukim masjid sebagaimana ditentukan dalam tauliah perlantikan itu.

(2) Qadhi Besar dan tiap-tiap Qadhi hendaklah menjadi Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk atas nama jawatan masing-masing bagi seluruh kawasan yang di dalam bidangkuasa masing-masing.

(3) Iman tua bagi tiap-tiap masjid hendaklha kerana jawatannya menjadi Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk bagi mukim masjidnya.

(4) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan boleh, melalui pemberitahu dalam warta, melantik mana-mana anggota diplomatik Malaysia di mana-mana negara, sama ada atas nama atau jawatan, untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk bagi mukim masjidnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.