ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 4 - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN



Seksyen 183. Pembayaran oleh penghutang penghakiman.

Jika suatu perintah pengkomitan dibuat di bawah seksyen 181, penghutang penghakirnan boleh, pada bila-bila masa, membayar amaun yang dinyatakan dalam perintah itu sama ada kepada bailif atau, jika penghutang penghakirnan berada di dalam penjara, kepada pegawai penjara dan mendapatkan pelepasannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.