ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999
BAHAGIAN VII - JAWATANKUASA PENGURUSAN WAKAF
Seksyen 29. Pembatalan pelantikan
Majlis boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota Jawatankuasa Pengurusan Wakaf yang dilantik jika-
(a)
dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan penjara;
(b)
kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tanggungjawabnya sebagai anggota Jawatankuasa Pengurusan Wakaf atau selainnya, adalah kelakuan yang memburukkan nama Majlis atau Jawatankuasa Pengurusan Wakaf;
(c)
dia diisytiharkan bankrap atau kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya menunaikan kewajipan-kewajipannya; atau
(d)
dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.