ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 38. Tempoh memegang jawatan Hakim Mahkamah Syariah.

(1) Tertakluk kepada peruntukan subseksyen (2) hingga (5), seseorang Hakim yang dilantik di bawah subseksyen (1) seksyen 37 hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh lima tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya, sebagaimana diluluskan oleh Yang di-Pertuan Besar, tetapi masa itu tidak boleh melebihi daripada enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh lima tahun.

(2) Seseorang Hakim boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Yang di-Pertuan Besar tetapi dia tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut.

(3) Jika Ketua Hakim Syarie merujukkan representasi kepada Yang di-Pertuan Besar menyatakan bahawa seseorang Hakim patut dipecat atas alasan---
Yang di-Pertuan Besar hendaklah melantik suatu tribunal mengikut subseksyen (4) dan merujukkan rayuan itu kepadanya, dan boleh atas syor tribunal itu, memecat Hakim Syarie itu daripada jawatannya.

(4) Tribunal tersebut hendaklah mengandungi tidak kurang daripada lima orang Islam yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai Hakim atau Hakim Mahkamah Sivil di Malaysia, dan tribunal itu hendaklah diketuai terdahulu oleh ahli mengikut susunan yang berikut, iaitu Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah mengikut susunan perlantikan mereka sendiri, dan ahli-ahli lain mengikut tarikh perlantikan mereka bagi jawatan yang melayakkan mereka menjadi ahli.

(5) Sementara menantikan apa-apa rujukan dan laporan di bawah subseksyen (3) Yang di-Pertuan Besar boleh, atas syor Ketua Hakim Syarie, menggantung Hakim tersebut daripada menjalankan tugasnya.

(6) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Yang di-Pertuan Besar boleh membuat peraturan bagi memperuntukkan syarat-syarat jawatan, perletakan dan perlucutan dari jawatan Ketua Hakim Syarie.

(7) Walau apapun peruntukan subseksyen (1), kesahan apa-apa perkara yang dilakukan oleh seseorang Hakim Syarie tidak boleh dipersoal atas alasan bahawa Hakim itu telah mencapai had umur yang dia dikehendaki bersara.

(8) Peruntukan seksyen ini hendaklah dipakai kepada semua Hakim-Hakim yang dilantik di bawah subseksyen (1) seksyen 37.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.