ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002
BAHAGIAN IV - JEMAAH PENGURUSAN
Seksyen 16. Kumpulan wang.
(1) Bagi maksud-maksud Enakmen ini, Jemaah hendaklah menubuhkan dan mentadbirkan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Akaun Sekolah Agama” yang ke dalamnya hendaklah dibayar —
(a)
apa-apa wang yang diterima secara sah oleh Jemaah;
(b)
wang yang didapati atau berbangkit daripada mana-mana harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, debentur atau syer yang diperoleh oleh atau diletakhakkan pada Jemaah;
(c)
wang yang dikutip daripada yuran-yuran;
(d)
wang yang didermakan oleh orang ramai atau pemberian yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri atau pihak-pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa;
(e)
wang yang dipinjam atau didapatkan oleh Jemaah di bawah Enakmen ini; dan
(f)
segala wang atau harta lain yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Jemaah berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan fungsinya.
(2) Kumpulan wang Jemaah hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
(a)
segala perbelanjaan, termasuk perbelanjaan modal, yang dilakukan secara sah oleh Jemaah dalam menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi dan kewajipannya di bawah Enakmen ini;
(b)
membayar balik wang yang dipinjam oleh Jemaah menurut kuasanya untuk meminjam;dan
(c)
apa-apa perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Jemaah.
(3) Jemaah boleh melaburkan kumpulan wangnya dalam apa-apa pelaburan yang dibenarkan oleh Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.