ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN IV - JEMAAH



Seksyen 14. Mesyuarat Jemaah.


(1) Jemaah hendaklah bermesyurat sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan keputusan Jemaah hendaklah melalui undi majoriti ahli Jemaah yang hadir dan mengundi, dan Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

(2) Kuorum mesyuarat Jemaah hendaklah dua pertiga daripada ahlinya.

(3) Prosiding Jemaah tidaklah menjadi tak sah disebabkan apa-apa kekosongan jumlah ahlinya atau apa-apa kecatatan dalam perlantikan atau kelayakan mana-mana ahlinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.