ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Pendapat Orang Ketiga Adalah Qarinah



Seksyen 35. Bila pendapat tentang tulisan tangan adalah qarinah.

Apabila Mahkamah perIu membuat sesuatu pendapat tentang siapakah orang yang telah menulis atau menandatangani sesuatu dokumen, maka pendapat seseorang yang kenaI akan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangani dokumen itu, bahawa dokumen itu telah atau tidak ditulis atau ditandatangani oleh orang itu, adalah qarinah.

Huraian-Seseorang adalah dikatakan kenaI dengan tulisan tangan seseorang lain apabila dia telah melihat orang itu menulis, atau apabila dia telah menerima dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu bagi menjawab dokumen yang telah ditulis olehnya sendiri atau dengan kuasanya dan dialamatkan kepada orang itu, atau apabila, dalam perjalanan biasanya urusan, dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu lazimnya dikemukakan kepadanya.

MISALAN

Soalnya ialah sama ada sesuatu surat tertentu adalah daripada A kepada isterinya.
Keterangan diberi oleh B yang adalah setiausaha A dan tugasnya ialah untuk meneliti dan memfailkan persuratan A.

Pendapat B atas soal sama ada surat itu dalam tulisan tangan A adalah qarinah, walaupun B tidak pernah melihat A menulis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.