ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN IX - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 113. Pengiktirafan muallaf sebagai orang Islam.

(1) Seseorang yang telah memeluk agama Islam dan pemelukan agama Islam itu telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf hendaklah, bagi maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri, dan selama-lamanya diperlakukan sebagai orang Islam.

(2) Seseorang yang pemelukan agama Islam olehnya telah didaftarkan di bawah undang-undang mana-mana Negeri hendaklah, bagi semua maksud di Negeri Johor, dan bagi maksud penguatkuasaan peruntukan mana-mana undang-undang di Negeri Johor, diperlakukan sebagai orang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.