ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN III - JEMAAH PENGURUSAN



Seksyen 6. Jemaah tertakluk kepada kawalan Pendaftar

(1) Jika Pendaftar berpendapat bahawa mana-mana orang yang telah dicadangkan sebagai anggota Jemaah bukanlah seorang yang layak dan patut, maka dia boleh menolak cadangan itu dan Jemaah hendaklah, atas penolakan sedemikian, mencadangkan seorang lain sebagai ganti jika tidak Pendaftar boleh melantik mana-mana orang lain sebagai ganti orang itu untuk menjadi anggota Jemaah itu.

(2) Jika Pendaftar berpendapat bahawa seseorang anggota Jemaah bukan lagi seorang yang layak dan patut, maka dia hendaklah mengarahkan Jemaah supaya memecatkan anggota itu dan apabila menerima arahan itu Jemaah hendaklah mengambil langkah yang perlu untuk memecat dan menggantikan anggota itu.

(3) Jika Jemaah tidak atau enggan mematuhi arahan Pendaftar di bawah subseksyen (2), maka Pendaftar hendaklah memecatkan anggota itu dan melantik mana-mana orang lain untuk menggantikan orang itu.

(4) Mana-mana orang yang berhenti atau dipecat daripada menjadi anggota Jemaah hendaklah segera menyerahkan segala harta, barangan berharga, dokumen dan apa-apa perkara lain kepunyaan Sekolah Islam itu kepada anggota Jemaah yang tinggal.

(5) Mana-mana orang yang berhenti atau dipecat menjadi anggota Jemaah yang---
adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit, dan dalam hal kesalahan di bawah perenggan (b), didenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu terus dilakukan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.