ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991
BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB X - PERBICARAAN
Seksyen 96. Ucapan-ucapan.
Dalam perbicaraan di bawah Bab ini-
(a)
pegawai yang menjalankan pendakwaan itu tidaklah payah membuka kes itu tetapi bolehlah terus mengemukakan keterangannya;
(b)
apabila tertuduh itu dipanggil untuk membuat pembelaannya, maka dia sendiri atau Peguam Syarienya, sebelum mengemukakan keterangannya, boleh menyatakan fakta kes, bukti-buktinya atau undang-undang yang dia berhasrat untuk gunakan dan memberi ulasan-ulasan yang dia fikirkan perlu di atas keterangan pendakwaan itu, dan jika orang yang dituduh itu memberi keterangan atau saksi-saksi diperiksa bagi pihaknya maka dia bolehlah mengulung kesnya;
(c)
pegawai yang menjalankan pendakwaan itu adalah berhak menjawab balas ke atas keseluruhan kes itu apabila orang yang dituduh itu telah mengemukakan keterangannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.