ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN III - PERCERAIAN



Seksyen 34. Menganut Agama Islam.

(1) Jika salah satu pihak dalam sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk Agama Islam dan dengan itu perkahwinannya terbatal mengikut Hukum Syarak, maka pembatalan perkahwinan itu hendaklah disahkan oleh Mahkamah.

(2) Jika salah satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk Agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.