ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 92. Susunan pemeriksaan dan arahan mengenai pemeriksaan semula.

(1) Saksi-saksi hendaklah mula-mulanya diperiksa utama, kemudian, jika dikehendaki oleh pihak lawan, diperiksa balas, kemudian, jika dikehendaki oleh pihak yang telah memanggil mereka, diperiksa semula.
(2) Pemeriksaan dan pemeriksaan balas mestilah berhubung dengan nyataan-nyataan yang berkaitan, tetapi pemeriksaan balas tidak pedu dihadkan kepada nyataan-nyataan yang telah diterangkan oleh saksi itu dalam pemeriksaan utamanya.

(3) Pemeriksaan semula hendaklah diarahkan kepada penghuraian perkara-perkara yang ada disebutkan di dalam pemeriksaan balas; dan jika, dengan kebenaran Mahkamah, suatu perkara baharu dikemukakan di dalam pemeriksaan semula, maka pihak lawan boleh selanjutnya memeriksa balas atas perkara itu.

(4) Mahkamah boleh dalam segala hal membenarkan seseorang saksi dipanggil semula sama ada untuk pemeriksaan utama yang selanjutnya atau untuk pemeriksaan balas yang selanjutnya, dan jika Mahkamah membenarkan demikian itu, maka pihak-pihak adalah berhak kepada pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula yang selanjutnya masing-masing.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.