ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Kaedah-kaedah lain mengenai Saman supaya Hadir dan Waran Tangkap



Seksyen 39. Kuasa untuk mengambil bon bagi kehadiran.

Apabila mana-mana orang yang bagi kehadiran atau penangkapannya mana-mana Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan saman atau waran hadir di Mahkamah itu, maka Mahkamah itu boleh menghendaki orang itu menyempurnakan suatu bon dengan penjamin-penjamin bagi kehadirannya di Mahkamah tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.