ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA



Seksyen 8. Pembatalan pendaftaran.

(1) Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran sesuatu sekolah agama jika dia berpuas hati bahawa —
(2) Sebelum membatalkan sesuatu pendaftaran, Pendaftar hendaklah memberi Jemaah itu notis bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian dan menghendaki Jemaah itu membetulkan pelanggaran itu atau mematuhi syarat pendaftaran itu atau arahan yang dikeluarkan oleh Pendaftar dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pendaftar.

(3) Jika selepas habis tempoh yang disebut dalam subseksyen (2) Jemaah tidak membetulkan pelanggaran atau mematuhi syarat atau arahan sedemikian, maka Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran sekolah agama itu melalui notis secara bertulis yang dialamatkan dan disampaikan kepada pengerusi Jemaah.

(4) Pendaftar boleh bertindak di bawah subseksyen (1) jika dia ada sebab untuk mempercayai bahawa sesuatu sekolah agama berdaftar tidak lagi wujud.

(5) Notis pembatalan pendaftaran yang disebut dalam subseksyen (3)—
(6) Mana-mana Jemaah yang sekolah agamanya telah dibatalkan pendaftarannya di bawah seksyen ini boleh memohon untuk mendaftarkan semula sekolah agama itu menurut peruntukan Enakmen ini.

(7) Dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pembatalan pendaftarannya, pengerusi Jemaah atau mana-mana orang yang bertanggungjawab tentang pengurusan sekolah agama itu hendaklah menyerahkan perakuan pendaftaran sekolah agama itu dan surat cara pengurusannya kepada Pendaftar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.