ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 25. Kuasa untuk memburu dan menangkap semula.

Jika orang yang di dalam tahanan sah melarikan diri atau dilepas lari, orang yang menjaga tahanannya itu boleh dengan serta-merta memburu dan menangkapnya di mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar bidang kuasa tempat dia berada di dalam tahanan sedemikian, dan memperlakukan orang itu sebagaimana dia boleh memperlakukannya semasa penangkapan yang mula-mula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.