ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2- PERINTAH INTERIM



Seksyen 197. Kuasa Mahkamah untuk memberikan perintah interim.

(1) Tertakluk kepada Bab ini, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa, menurut budi bicaranya, untuk memberikan apa-apa perintah interim atas apa-apa terma yang difikirkannya patut dan boleh memberikan apa-apa arahan tentang prosiding selanjutnya.

(2) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan perintah interim hendaklah dibuat dalam Borang MS 50 dan disokong dengan afidavit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.