ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 147. Kos.

(1) Tertakluk kepada subseksyen berikut, di dalam semua prosiding di bawah Bab ini dan Bab XVIII, Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai kuasa untuk memutuskan kos yang difikirkan patut dibayar oleh pengadu kepada orang yang dituduh atau oleh orang yang dituduh kepada pengadu:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa kos boleh diberi di dalam mana-mana prosiding yang dibawa terhadap perintah pembebasan.

(2) Kos itu hendaklah ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada masa keputusannya diberi.

(3) Kos tidaklah boleh diberi di dalam mana-mana kes sama ada terhadap atau bagi pihak Pendakwa Syarie.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.