ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Zakat dan Fitrah



Seksyen 157. Taksiran zakat.

(1) Pesuruhjaya hendaklah menyediakan, dari semasa ke semasa sebagaimana dia fikirkan perlu, taksiran-taksiran berkenaan dengan orang-orang yang kena membayar zakat, menunjukkan kadar dan banyaknya serta tempoh masa yang mereka itu kena bayar, dan menyampaikan taksiran-taksiran itu kepada mereka.

(2) Pesuruhjaya hendaklah berkuasa untuk mendapat apa-apa maklumat daripada mana-mana orang yang menganut Agama Islam yang boleh dikenakan membayar zakat atau fitrah.

(3) Barang siapa mengingkari memberi maklumat yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan.

(4) Mana-mana orang boleh membuat bantahan kepada Pesuruhjaya di atas penyampaian kepadanya akan sesuatu taksiran atau kadar atau banyaknya zakat yang dia ditaksirkan kena bayar.

(5) Pesuruhjaya hendaklah menimbang setiap bantahan itu, dan bolehlah membuat keputusan ke atasnya sebagaimana yang ditimbangkan adil.

(6) Apil di atas keputusan Pesuruhjaya bolehlah dibuat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan, jika perkara itu bernilai tidak kurang daripada seratus ringgit.

(7) Mana-mana apil di bawah subseksyen (4) bolehlah dirujukkan kepada Jawatankuasa Fatwa untuk mendapatkan pandangannya, dan kemudian diputuskan seolah-olah ianya adalah suatu apil mal daripada Mahkamah Rendah Syar'iah.

(8) Tiadalah boleh mana-mana Mahkamah mempersoalkan tentang adilnya apa-apa taksiran yang dibuat atau diputuskan di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.