ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 14. Perakuan Pesaka.

(1) Jika dalam mana-mana pembicaraan berhubung dengan pentadbiran atau pembahagian harta pesaka si mati yang berugama Islam maka mana-mana Mahkamah sivil atau pihak berkuasa yang berkewajipan menentukan orang-orang yang berhak kepada pembahagian harta pesaka itu atau bahagian-bahagian yang orang-orang itu masing-masing berhak bolehlah meminta Mahkamah Qadhi Jajahan jika jumlah kasar nilai harta pesaka tidak lebih daripada dua puluh lima ribu ringgit atau Mahkamah Qadhi Khas atau Mahkamah Qadhi Besar untuk memperakui atas kenyataan-kenyataan yang dikemukakan ke Mahkamah itu, pendapatnya berkenaan dengan orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pesaka itu dan bahagian-bahagian yang mereka masing-masing berhak.

(2) Mahkamah Qadhi Besar, Qadhi Khas dan Qadhi Jajahan bolehlah atas permohonan orang yang menuntut sebagai waris dan dengan bayaran sebagaimana yang ditetapkan dengan cara yang sama memperakui pendapatnya atas kenyataan-kenyataan yang dikemukakan dalam apa perkara jua bolehlah sebelum memperakui pendapatnya meminta, mendengar persoalan mengenai undang-undang dari pihak-pihak itu, tetapi tidaklah boleh mendengar keterangan atau membuat keputusan atas persoalan mengenai kenyataan. Dalam apa jua perkara kesukaran tertentu Qadhi Besar, Qadhi Khas atau Qadhi Jajahan bolehlah merujukkan persoalan itu kepada Mahkamah Rayuan Syariah bagi pendapatnya dan hendaklah, jika pendapat itu diberi, memperakui mengikut sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.