ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN
Anggapan tentang suratan



Seksyen 63. Anggapan tentang suratan yang dikemukakan sebagai rekod keterangan.

Apabila dikemukakan di hadapan mana-mana Mahkamah sesuatu suratan yang berupa sebagai suatu rekod atau peringatan mengenai keterangan atau mengenai sebahagian daripada keterangan yang telah diberi oleh seorang saksi di dalam sesuatu pembicaraan kehakiman atau di hadapan seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang bagi mengambil keterangan itu atau sebagai suatu kenyataan atau suatu iqrar oleh seseorang banduan atau seseorang yang dituduh, yang telah diambil mengikut undang-undang dan yang berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang Hakim Mahkamah Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Sesyen, atau Majistret atau oleh seseorang pegawai sebagaimana yang tersebut di atas, maka Mahkamah hendaklah menganggap-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.