ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - KETERANGAN DOKUMENTAR



Seksyen 52. Hal yang dalamnya keterangan sekunder berhubungan dengan dokumen boleh diberikan

(1) Keterangan sekunder boleh diberikan mengenai kewujudan, keadaan atau kandungan sesuatu dokumen yang boleh diterima sebagai keterangan dalam hal yang berikut:

(2) Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(a), (c) dan (d) apa-apa keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen itu bolehlah diterima.

(3) Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(b), pengakuan bertulis di hadapan Hakim atau Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam itu bolehlah diterima.

(4) Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(e) atau (f), hanya salinan diperakui dokumen itu boleh diterima.

(5) Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(g), keterangan boleh diberikan tentang kesimpulan am mengenai dokumen itu oleh mana-mana orang yang telah memeriksanya dan yang mahir dalam pemeriksaan dokumen sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.