ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Pendapat Orang Ketiga Adalah Qarinah



Seksyen 38. Bila pendapat mengenai pertalian adalah qarinah.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang pertalian seseorang dengan seseorang yang lain, maka pendapat yang dilahirkan melalui kelakuan tentang wujudnya pertalian itu oleh seseorang yang, sebagai anggota keluarga itu atau selainnya, mempunyai cara yang khusus bagi mengetahui perkara itu adalah qarinah.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.