ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 101. Mahkamah akan memutuskan bila soalan-soalan hendak ditanya dan bila saksi dipaksa menjawab.

(1) Jika sesuatu soalan adalah berhubung dengan sesuatu perkara yang tidak berkaitan dengan guaman atau prosiding itu, kecuali setakat yang menyentuh kebenaran saksi itu dengan mencemarkan wataknya, maka Mahkamah hendaklah memutuskan sama ada saksi itu boleh dipaksa menjawab soalan itu atau tidak, dan Mahkamah boleh, sekiranya difikirkannya tidak patut memaksa saksi itu menjawab soalan itu, memberitahu kepada saksi itu bahawa dia tidaklah terpaksa menjawabnya.

(2) Pada menjalankan budibicaranya, Mahkamah hendaklah memberi perhatian atas perkara-perkara yang berikut-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.