ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENDAKWA SYARIE DAN PEGUAM SYARIE



Seksyen 21. Perlantikan Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa-pendakwa Syarie.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh atas nasihat Majlis, melantik seorang, yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Walau apapun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagi memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah.

(3) Ketua Pendakwa Syarie bolehlah melantik orang-orang yang layak dan sesuai daripada kalangan anggota Perkhidmatan Awam Negeri menjadi Pendakwa-pendakwa Syarie yang hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletakhak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.