ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XV - SEPINA



Seksyen 100. Orang dalam tahanan.

Pihak yang mengkehendaki kehadiran seseorang yang di dalam tahanan pihak berkuasa boleh dikehendaki mendepositkan dalam Mahkamah kos pengangkutan dan saraannya kepada dan daripada Mahkamah itu. Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, Mahkamah boleh setelah itu mengeluarkan perintah supaya orang yang di dalam tahanan pihak berkuasa itu dibawa ke Mahkamah dan pegawai yang berkenaan itu hendaklah mematuhi perintah Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.