ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986
BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Seksyen 33. Apil kepada Mahkamah Tinggi Syar'iah.
Apil daripada apa-apa keputusan Rendah Syar'iah boleh dibawa kepada Mahkamah Tinggi Syar'iah-
(a)
dalam bidangkuasa jenayahnya, oleh pihak yang kena tuduh atau pendakwa yang tidak puas hati dengan keputusan itu;
(b)
dalam bidangkuasa malnya-
(i) oleh seseorang yang tidak puas hati dengan keputusan itu jika jumlah tuntutan dalam perkara yang diapil itu tidak kurang daripada satu ratus ringgit;
(ii) oleh seseorang yang tidak puas hati dengan keputusan itu bersabit dengan apa-apa perkara yang mengenai taraf dirinya;
(iii) oleh seseoang yang tidak puas hati dengan keputusan itu dalam apa-apa perkara yang bersabit dengan nafkah orang-orag tanggungannya;
tetapi apil itu tidak boleh dibuat jika keputusan itu ialah dengan persetujuan;
(c)
dalam mana-mana perkara yang diperuntukkan di dalam Enakmen ini;
(d)
dalam segala perkara lain, jika Mahkamah Tinggi Syar'iah memberi kebenaran supaya dibuat apil.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.