ORDINAN 6 TAHUN 1991
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

BAHAGIAN II - KESALAHAN



Seksyen 18. Melacurkan isteri atau anak.

(1) Seseorang suami yang melacurkan isterinya atau membiarkan isterinya melacurkan dirinya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Seseorang ibu atau bapa atau penjaga yang melacurkan anaknya atau kanak-kanak di bawah jagaannya atau membenarkan anaknya atau kanak-kanak di bawah jagaannya itu melacur adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.