ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB VII - DARIHAL BIDANG KUASA MAHKAMAH JENAYAH DALAM PERBICARAAN



Seksyen 67. Tempat perbicaraan jika perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab hubungan dengan kesalahan lain.

Apabila suatu perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab hubungannya dengan apa-apa perbuatan lain yang juga menjadi atau yang akan menjadi suatu kesalahan jika pelaku itu berupaya melakukan suatu kesalahan, maka pertuduhan atas kesalahan yang mula-mula disebut itu boleh dibicarakan oleh suatu Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya mana-mana satu perbuatan itu telah dilakukan.

Misalan-Suatu pertuduhan pensubahatan boleh dibicarakan sama ada oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya pensubahatan itu telah dilakukan, atau oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya kesalahan yang disubahati itu telah dilakukan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.