ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 104. Soalan lucah atau membawa aib.

Mahkamah boleh melarang apa-apa soalan atau pertanyaan yang disifatkan sebagai lucah atau yang membawa aib, walaupun soalan-soalan itu mungkin ada kena-mengena dengan soalan-soalan yang ada di hadapan Mahkamah, melainkan jika soalan atau pertanyaan itu berhubung dengan fakta-fakta persoalan atau dengan perkara-perkara yang perlu diketahui untuk menentukan adanya atau tidak fakta-fakta persoalan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.