ENAKMEN 6 TAHUN 1985
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1985

BAHAGIAN II - PENTADBIRAN



Seksyen 7. Perlantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Pemeriksa Agama dan Pendaftar Mahkamah.

(1) Yang di-Pertuan Agong boleh melantik:
(2) Semua perlantikan-perlantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3) Yang di-Pertuan Agong bolehlah dari semasa ke semasa memberi, mengubah, mengurang atau membatalkan mana-mana surat perlantikan yang dibuat di bawah subseksyen (1) seksyen ini dan bolehlah menghadkan perlaksanaan mana-mana kuasa-kuasa yang mana sebaliknya diberi oleh Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis.

(4) Melainkan sebagaimana yang tersebut sebelumnya, mana bidangkuasa, hak dan kuasa Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah hendaklah bagaimana yang diberi oleh Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.