ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGlAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 19. Orang yang ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, bagaimana hendak diperlakukan.

Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat tangkapan tanpa waran, boleh, jika perlu, tanpa kelengahan yang tak berpatutan membawa orang yang ditangkap itu kepada pegawai polis yang terhampir atau jika tidak ada pegawai polis, membawa orang itu ke balai polis yang terhampir, dan seorang pegawai polis hendaklah menangkap semula tiap-tiap orang yang ditangkap sedemikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.