ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 2 - SAKSI



Seksyen 84. Saksi bisu.

(1) Seorang saksi yang tidak dapat bercakap boleh memberikan bayyinahnya mengikut apa-apa cara yang menjadikannya boleh difahami seperti dengan tulisan atau dengan isyarat.

(2) Bayyinah yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diberikan di dalam Mahkamah terbuka.

(3) Keterangan yang diberikan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai keterangan lisan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.