ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN I - PERMULAAN
BAB I



Seksyen 2. Tafsiran.


(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang berlainan-

"jenayah" ertinya jenayah syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini, Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982, Enakmen Keluarga Islam 1983, Undang-undang Mahkamah Shariyah dan Hal Ehwal Perkahwinan Islam 1966 atau Majlis Undang-undang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966;

"Kerajaan" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Mahkamah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Mahkamah Rayuan Syariah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Majlis" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Masjid" ertinya bangunan yang didirikan atau digunakan atau akan digunakan untuk menunaikan Sembahyang Jumaat dan lain-lain upacara yang berkaitan dengan Ugama Islam dan termasuk juga surau yang digunakan untuk menunaikan Sembahyang Jumaat;

"Negeri" ertinya Negeri Kelantan;

"pegawai Masjid" ertinya imam tua, imam muda, khatib dan bilal sesebuah masjid yang telah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan;

"peguam" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Peguam Syarie" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Pendakwa" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"penggawa" ertinya seorang penggawa atau pemangku penggawa yang dilantik oleh Pihakberkuasa Negeri;

"Penyelia Ugama" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Qadhi" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

"Qadhi Besar" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982;

(2) Semua perkataan, perbahasaan, takrifan dan rangkaikata yang digunakan di dalam Enakmen ini tidak ditakrifkan dengan tertentu di dalamnya maka hendaklah disifatkan mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Tafsiran 1967.

(3) Jika timbul sebarang persoalan atau pertikaian dalam mentaksir sesuatu perkataan, perbahasaan dan rangkaikata mengenai Hukum Syarak maka adalah dalam bidangkuasa Mahkamah yang membicarakan kes itu untuk memberi takrifan kepada perkataan, perbahasaan dan rangkaikata sedemikian itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.