ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN V - NIKAH, CERAI DAN RUJUK



Seksyen 119. Cerai dengan permintaan atau Tebus Talak (Khulu').

(1) Seseorang isteri boleh meminta cerai mengikut Hukum Syarak dengan membuat permohonan kepada Pendaftar dan ianya selepas itu hendaklah memanggil suami bagi disiasat, jika suami bersetuju menceraikan isterinya itu, Pendaftar hendaklah meminta suami melafazkan cerai di hadapannya.

(2) Jika suami tidak bersetuju menceraikan isterinya itu, melainkan dengan Tebus-Talak (Khulu') dan kedua-kedua suami-isteri telah bersetuju dengan jumlah pembayaran samada dengan tunai atau berhutang maka suami hendaklah melafazkan cerai Khulu' di hadapan Pendaftar.

(3) Jika suami tidak bersetuju dengan cerai tebus-talak dan isteri enggan taat kepada suami bahkan meminta cerai juga, maka hendaklah Kadi melantik Hakam sebagaimana yang diperuntukkan oleh Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.