ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983
BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB X - DARIHAL PEMBICARAAN
Seksyen 101. Ucapan.
Dalam pembicaraan di bawah Bab ini-
(i) pegawai yang menjalankan pendakwaan itu tidaklah payah membuka kes itu tetapi bolehlah terus mengemukakan keterangannya;
(ii) apabila orang yang dituduh itu dipanggil untuk membuat pembelaannya, maka dia sendiri atau peguamnya, sebelum mengemukakan keterangannya, bolehlah menyatakan bukti-buktinya atau undang-undang yang dia hendak gunakan dan memberi alsan-alasan yang difikirkannya perlu atas keterangan pendakwaan itu, dan jika orang yang dituduh itu memberi keterangan atau saksi-saksi diperiksa bagi pihaknya, maka dia bolehlah menggulong kesnya;
(iii) pegawai yang menjalankan pendakwaan itu adalah berhak menjawab balas ke atas keseluruhan kes itu apabila orang yang dituduh itu telah mengemukakan keterangannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.