ORDINAN 45 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA JENAYAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 163. Keterangan tambahan.

(1) Dalam menguruskan apa-apa rayuan dalam sesuatu kes jenayah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh, jika difikirkannya bahawa keterangan tambahan adalah perIu, sama ada mengambil keterangan itu sendiri atau mengarahkan supaya keterangan itu diambil oleh Mahkamah perbicaraan.

(2) Apabila keterangan tambahan diambil oleh Mahkamah perbicaraan, ia hendaklah memaklumkan keterangan itu, dengan suatu pernyataan pendapatnya mengenai kes yang dipertimbangkan itu dengan mengambil kira keterangan tambahan itu, kepada Mahkamah Rayuan Syariah, dan Mahkamah itu hendaklah sesudah itu membereskan rayuan itu.

(3) Pihak-pihak kepada rayuan itu hendaklah hadir semasa keterangan tambahan diambil.

(4) Dalam menguruskan apa-apa rayuan dalam sesuatu kes jenayah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh juga, jika difikirkannya patut, meminta dan menerima daripada Mahkamah perbicaraan suatu laporan mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan perbicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.