ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 101. Mahkamah akan memutuskan bila soalan-soalan hendak ditanya dan bila saksi boleh dipaksa menjawab.

(1) Jika sesuatu soalan adalah berhubungan dengan sesuatu perkara yang tak relevan dengan guaman atau prosiding itu, kecuali setakat yang soalan itu menyentuh kebolehpercayaan saksi itu dengan mencela wataknya, maka Mahkamah hendaklah memutuskan sama ada saksi itu boleh dipaksa menjawab soalan itu atau tidak, dan Mahkamah boleh, jika difikirkannya tidak patut memaksa saksi itu menjawab soalan itu, mengingatkan saksi itu bahawa dia tidak terpaksa menjawabnya.

(2) Pada menjalankan budi bicaranya, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian akan perkara-perkara yang berikut:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.