ENAKMEN 3 TAHUN 1997
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1997
BAHAGIAN IV - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MEREKA UNTUK MENYIASAT
Seksyen 57. Prosedur jika kesalahan boleh tangkap disyaki.
(1) Jika daripada maklumat yang diterima atau selainnya seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai sebab untuk mengesyaki pelakuan sesuatu kesalahan boleh tangkap maka dia hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah daripada jenis yang telah diarahkan oleh Ketua Pendakwa Syar'i tidak perlu dilaporkan kepadanya, dengan serta-merta menghantar suatu laporan mengenai maklumat itu kepada Ketua Pendakwa Syar'i, dan hendaklah pergi sendiri atau dan hendaklah mempertanggungjawabkan seorang daripada pegawai bawahannya pergi ke tempat kesalahan itu dilakukan untuk menyiasat fakta-fakta dan hal keadaan kes itu dan untuk mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi penemuan pesalah itu:
Dengan syarat bahawa-
(a)
apabila apa-apa maklumat tentang pelakuan mana-mana kesalahan sedemikian diberikan terhadap mana-mana orang yang disebut namanya dan jenis kes itu tidak berat, Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima maklumat itu tidak perlu pergi sendiri atau mempertanggungjawabkan seorang pegawai bawahan untuk membuat siasatan di tempat kesalahan itu dilakukan;
(b)
jika ternyata pada Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima maklumat itu bahawa tiada alasan yang mencukupi untuk bertindak atau bertindak selanjutnya dalam perkara itu, maka dia tidaklah boleh berbuat demikian.
(2) Dalam setiap kes yang disebutkan dalam perenggan (1)
(a)
dan (1)
(b)
, Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerima maklumat itu hendaklah menyatakan dalam laporannya, jika ada, sebab-sebab dia tidak mematuhi subseksyen (1) dengan sepenuhnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.