ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN V - KEWANGAN
Wakaf, Nazar dan Amanah



Seksyen 68. Pengertian suratcara tentang wakaf atau nazar.

Jika, pada pendapat Majlis makna atau natijah mana-mana suratcara atau akaun yang mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf atau nazar adalah kabur atau tidak pasti, Majlis bolehlah merujukkan perkara itu kepada Jawatankuasa Fatwa bagi mendapatkan pendapatnya tentang makna dan natijah suratcara atau akaun itu, dan hendaklah bertindak menurut apa-apa pendapat yang diberikan sedemikian oleh Jawatankuasa Fatwa itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.