ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
PERNYATAAN OLEH ORANG-ORANG YANG TIDAK DAPAT DIPANGGIL SEBAGAI SAKSI



Seksyen 21. Kerelevanan keterangan yang tertentu bagi membuktikan dalam prosiding yang terkemudian tentang kebenaran fakta yang tersebut di dalamnya.

Keterangan yang diberi oleh seseorang saksi dalam suatu prosiding kehakiman, atau di hadapan mana-mana orang yang diberikuasa oleh undang-undang untuk mengambil keterangan itu, adalah relevan bagi maksud untuk membuktikan dalam suatu prosiding kehakiman kali kemudian, atau pada suatu peringkat yang terkemudian prosiding kehakiman yang sama, kebenaran fakta yang dinyatakan olehnya, apabila saksi itu telah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan atau tidak berupaya memberi keterangan, atau dihalang memberi keterangan oleh pihak lawannya, ataupun kehadirannya tidak boleh diperolehi tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang dalam hal keadaan mana pada pendapat Mahkamah tidak munasabah:

Dengan syarat bahawa -
Huraian - Suatu perbicaraan atau siasatan jenayah hendaklah disifatkan sebagai suatu prosiding di antara pendakwa dengan tertuduh dalam erti seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.