ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 86. Bilangan saksi.

(1) Keterangan dalam kes zina yang membawa kepada hukuman hudud tidak boleh diterima kecuali ia disaksikan oleh empat orang lelaki.

(2) Dakwaan seseorang yang dikenali sebagai seorang kaya bahawa dia telah menjadi papa tidak boleh diterima kecuali ianya disokong oleh tiga orang saksi lelaki.

Huraian - Pengakuan telah menjadi papa dalam pungutan zakat dan telah menjadi papa yang menggugurkan beban pembayaran hutang dan nafkah kaum kerabat dan isteri tidak boleh diterima kecuali disaksi oleh tiga orang lelaki.

(3) Dalam perkara melihat anak bulan keterangan seorang lelaki yang adil adalah boleh diterima.

(4) Keterangan seorang lelaki dalam hal-keadaan yang berikut-

adalah boleh diterima.

(5) Keterangan seorang perempuan adalah boleh diterima dalam perkara yang biasa dilihat oleh orang perempuan.

MISALAN

Keterangan seorang perempuan yang menyusukan seorang bayi, seorang bidan dalam perkara haidh, beranak, penyusuan dan keaiban perempuan, adalah boleh diterima.

(6) Di dalam perkara-perkara lain daripada yang disebut di atas hendaklah keterangan diberi oleh dua orang saksi lelaki atau seorang saksi lelaki dan dua orang saksi perempuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.