ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 102. Pembicaraan atau pendengaran.

(1) Jika pada masa yang ditetapkan bagi pembicaraan, pihak menuntut tidak hadir maka pembicaraan, pihak menuntut tidak hadir maka pembicaraan itu boleh dipotong. Jika pihak menuntut hadir tetapi pihak kena tuntut tidak hadir pihak menuntut boleh membuktikan kesnya dan Mahkamah boleh memberi hukuman:

Dengan syarat bahawa-


(2) Jika pihak kena tuntut hadir dan mengaku tuntutan pihak menuntut itu Mahkamah boleh memberi hukuman tanpa mendengar keterangan.

(3) Jika pihak kena tuntut hendak membela diri pihak yang hukumannya akan diberi mengikut tuntutan surat guaman dan pengakuan yang dibuat, jika tiada keterangan diambil, adalah berhak memulakan.

(4) Tiap-tiap satu pihak boleh berucap kepada Mahkamah dan boleh selepas itu memberi keterangan dan memanggil saksi-saksinya yang akan diperiksa dan boleh diperiksa balas, diperiksa semula, disoal oleh Mahkamah dan dipanggil semula seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 86 Enakmen ini bagi pembicaraan jenayah. Selepas selesai memberi keterangan tiap-tiap satu pihak boleh menggulung kesnya tetapi pihak yang memulakan hendaklah kemudian sekali berucap kepada Mahkamah.

(5) Mahkamah boleh mengambil apa-apa keterangan yang difikirkannya mustahak:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa pihak pun bertanggungjawab memberi keterangan bertentangan dengan kehendaknya.

(6) Selepas itu Mahkamah hendaklah memberi hukuman di dalam Mahkamah terbuka samada pada masa itu juga atau pada masa akan datang dalam halmana notis hendaklah diberi kepada semua pihak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.