ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 60. Perlantikan Pegawai Masjid.

(1) Bagi setiap masjid dalam Negeri Selangor maka hendaklah dilantik seorang Nazir, Imam, Bilal dan Siak.

(2) Jawatan-jawatan Imam, Bilal dan Siak hendaklah menjadi jawatan penjawat awam.

(3) Imam dan Bilal hendaklah dilantik oleh Majlis daripada kalangan orang-orang yang berkhidmat dalam Pentadbiran Agama.

(4) Apabila berkuatkuasa seksyen ini tiap-tiap orang yang menjadi Nazir, Imam, Bilal dan Siak sebelum sahaja berkuatkuasanya seksyen ini yang dilantik di bawah Enakmen, hendaklah dianggap sebagai telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai Nazir, Imam, Bilal dan Siak masjid itu dan hendaklah tertakluk kepada seksyen 62 terus menjalankan tugasnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.