ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN IX - AM



Seksyen 85. Pertukaran nama Mahkamah Kadi Besar.

(1) Apabila sahaja mula berkuatkuasa Enakmen ini, Mahkamah Kadi Besar hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Tinggi Syariah, dan hendaklah disifatkan sebagai Mahkamah Tinggi Syariah yang ditubuhkan di bawah Seksyen 37 Enakmen ini.

(2) Orang-orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasa Enakmen ini memegang jawatan Kadi Besar atau Timbalan Kadi Besar hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, disifatkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.