ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN SEKOLAH AGAMA



Seksyen 10. Larangan tentang pengiklanan, dsb.

(1) Tiada seorang pun boleh mempromosikan sesuatu sekolah agama sama ada melalui iklan, prospektus, risalah atau selainnya melainkan jika sekolah agama itu telah didaftarkan di bawah subseksyen 7(4).

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebih tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebih dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.