ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VII - KESALAHAN



Seksyen 125. Menghalang kegiatan Islam.

Seseorang yang menghalang atau melakukan sebarang perbuatan yang boleh disifatkan sebagai menghalang atau mengganggu usaha-usaha untuk menyeru kepada Agama Islam di mana-mana bahagian atau tempat dalam Negeri ini selain daripada tempat yang menjadi hakmiliknya tetapi perbuatan itu tidak terjumlah kepada riddah, adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.