ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB XIII - DARIHAL KEPUTUSAN



Seksyen 122. Cara menyampaikan keputusan.


Keputusan bagi tiap-tiap pembicaraan dalam mana-mana Mahkamah Jenayah yang mempunyai bidangkuasa asal hendaklah diumumkan di dalam Mahkamah terbuka, sama ada dengan serta-merta atau kemudiannya yang mana hendaklah diberitahu kepada pihak-pihak berkenaan atau peguam-peguam mereka, pihak yang dituduh itu hendaklah, jika ianya ada dalam tahanan, dibawa ke hadapan Mahkamah, atau jika ianya tidak di dalam tahanan dikehendaki hadir mendengar keputusan itu disampaikan, melainkan jika kehadirannya dalam pembicaraan telah dikecualikan dan hukumannya hanyalah denda sahaja.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.